Rekod Tasmik Online merupakan satu inovasi yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk merekod pencapaian bacaan Iqra' dan al-Quran murid-murid sekolah rendah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk untuk melihat tahap keprihatinan guru terhadap inovasi ini. Pengujian untuk menilai tahap keprihatinan guru apabila menerima suatu inovasi yang baru dapat dilihat dengn menggunakan soalselidik ini. Untuk melihat dan menjelaskan tahap guru dalam melaksanakan Rekod Tasmik Online ini CBAM atau Concern- Based Adoption Model dijadikan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data ini kemudian dikumpulkan melalui soal selidik mengenai tahap keprihatinan guru atau dikenali segabai Stages of Concem Questionnaire (SOCQ) berdasarkan CBAM.
Analisis deskriptif ini dijalankan pada sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang guru dari sekitar Johor Bahru, Johor. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan Islam mempunyai tahap kesedaran yang baik dan sewajarnya terhadap terhadap inovasi Rekod Tasmik Online.